Saturday 7 April 2012

Mulakan Kehidupan Yang Baru



Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca. Slogan ‘Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan ‘ bukannya bermaksud berhenti mendadak dalam perniagaan. Sebenarnya, maksud slogan ‘Berhenti Membeli Belah Mulakan Kehidupan’ adalah bermaksud  untuk mengurangkan membeli belah secara  boros dan hendaklah berbelanja secara berhemah.


           Ramai masyarakat suka menghabiskan wang secara berlebih-lebihan dengan membeli-belah  melebihi  keperluan seharian dan lebih suka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di pusat-pusat hiburan seperti pusat beli-belah. Hal ini meyebabkan wang yang digunakan oleh masyarakat tidak bertepatan dengan ekonomi pada masa ini. Ekonomi kian merosot oleh kerana majikan  kekurangan wang untuk membayar gaji pekerja. Ini disebabkan oleh sikap sesetengah masyarakat yang terlalu banyak menghabiskan masa dengan membeli-belah melebihi kemampuan dan keperluan. Mereka berbelanja mengikut kemahuan dan nafsu sehingga terdesak untuk meminjam wang dengan pelbagai cara sekalipun.



Contohnya penggunaan kad kredit  yang terlampau dan melalui pinjaman ALONG dan juga melalui institusi pinjaman bank. Akibatnya bebanan hutang semakin bertambah jika tidak dapat melunaskan pinjaman tersebut mengikut perjanjian atau tarikh yang ditetapkan. 


Selain itu, turut menjadi akibat jika  kes jenayah semakin berleluasa. Disebabkan   kekurangan wang,  mereka terpaksa memilih jalan yang senang dengan mencuri, merompak, membunuh, meragut dan menculik kanak-kanak demi untuk mendapatkan wang tebusan . Tidak hairanlah jika segelintir masyarakat mengambil dadah oleh kerana tekanan yang melanda diri mereka.
        
 Sebagai pengguna yang bijak,  kita boleh berbelanja secara berhemah melalui beberapa cara iaitu:
1.menetapkan perbelanjaan bulanan dengan nisbah 3:1 untuk keperluan dan kemahuan.
2.menyenaraikan barangan yang hendak dibeli sahaja.
3.berusaha sebaik mungkin untuk membeli secara berseorangan
4.berfikir sama ada barang itu keperluan atau kemahuan..
        Sebagai pengguna juga hendaklah memaksimakan kreativiti dan inovasi dalam kehidupan seperti:
1.bercucuk tanam separti sayur-sayuran,buah-buahan dan lain-lain
2.mengitar semula bahan terbuang seperti surat khabar,kayu plastik tin dan lain-lain

      Akhir kata dari saya, berhenti membeli belah berlebihan, kerana ianya membawa padah bukan sahaja merugikan diri sendiri malah menjejaskan ekonomi negara. Islam lebih menggalakan umatnya agar berbelanja secara bersederhana dan sentiasa berjimat cermat. Sabda rasulallah bermaksud, ”90% punca rezeki adala dari perniagaan”.
     

Oleh itu, berfikirlah secara positif dan mulakan kehidupan yang baru. Sekian terima kasih.